Thursday, April 14, 2011

Down to memory lane....KERJA

Dah nak masuk pertengahan bulan April dah. Tak lama, habisla bulan ni. Masuk bulan baru. Macam tu je masa berlalu dengan cepatnya. Aku teringat, tahun lepas, tak silap dalam 25hb April, aku masuk kerja kat Kedai Kasut You kat Giant Terengganu. Dah nak dekat setahun rupanya. Rasa macam sekejap je.

Masa kerja kat sana, macam2 ragam manusia aku jumpa. Macam contoh:

1. Seorang makcik, datang dengan suami, pakai tudung labuh. Tapi yang tak eloknye, lepas dia try kasut dia, dia campak je kasut tu kat depan muka aku, suruh aku kutip. Memang langsung tak de manner. Mungkin dia rasa hebat dengan tudung labuh dia. Orang macam nilah yang merosakkan imej baik orang yang bertudung labuh. Saya rasa marah sebab saya ada ramai kawan2 yang tudung labuh tapi mereka sentiasa senyum and low profile. 

2. Sorang mak, datang dengan 2 orang anak laki yang kecik, umur lebih kurang 5-7 tahun. Comel sangat budak2 tu. Yang aku tak berkenannya dengan mak dia. Dia orang luar, macam orang berkerjaya. Cantik tapi free hair. Masa tu dia tengah on phone, berbual dengan kawan dia tapi duk mengumpat husband dia. Rasanya dia balik kampung husband dia, kt Terengganu. Dia duk bebel2 kata terpaksa tinggal keje sebab nak balik kampung la, kena jaga anak dia la. Pastu, dia lepas geram kat anak2 dia. Kasar sangat. Aku macam nak tegur tapi aku sape, tak tahu hal sebenar. So, aku tengok jelah.

3. Yang paling menarik, isteri muda, lebih kurang sebaya aku, tapi husbandnya tua, umur maybe dalam 50 lebih. Duk berkepit macam diorang je yang kawen. Haha. Aku nak kata apa, jodoh tu perkara yang dirahsiakan, mungkin tu jodoh dia.

Dan macam2 lagi ragam manusia aku jumpa. Kerja kat sana memang sangat letih sampai turun berat badan aku. Kena berdiri je dari awal keje sampai habis. Kena sapu kedai, mop lantai, lap2 display. Kena datang sebelum 9.30 pagi dan balik kul 11 malam (Sebab kedai tu kt dalam GIANT, kena ikut masa GIANT).
Terima kasih kepada Nurul, Ros, Mira dan Liza sebab bagi aku memori yang indah masa keje kat sana. Mereka sume ni adik kepada aku. Huhu.

 Ros (tudung kelabu) dan Mira (tudung hitam)
Aku dan Mira


Ros

 Mira

Ros lagi






















Sekian, wasalam...

Tuesday, April 5, 2011

~Lost and Found~

Tatkala aku duk mengemas barang semalam, terjumpa 1 benda ni...hik hik...

SIJIL KURSUS KAWEN!!!!!

Haha. Aku dah lama pegi rupanya. Haha..

Sekian, wassalam...

p/s: Sekadar selingan dikadar study...huhu

Friday, April 1, 2011

~Scenario Hari Jumaat~

Apa yang berlaku pada hari Jumaat? Maksud aku aktiviti yang kamu buat, bukan benda2 pelik. Setiap kali hari Jumaat, aku mesti ingat kat rumah. Keluarga aku ada aktiviti tersendiri, start dari ayah aku sampaila yang paling bongsu, Aisyah. Jumaat kat Terengganu cuti, so kami banyak aktiviti riadah.

Ayah aku, macam biasa rutin tiap2 hari, mesti ada kat kebun dia kat sebelah rumah. Dalam kebun tu ada arnab2 yang comel, ayam, ikan keli 3 tangki dengan sayur2. Ayah aku ni orang putih kata "Green finger". Tanam apa pun hidup. Dia dah start bercucuk tanam dari kecil lagi. Ayah aku ni bukan orang senang dari awal. Nenek aku dgn arwah tok ayah aku penoreh getah. Tapi alhamdulilah, walaupun ayah aku dah jadi lecturer, dia still tak lupa pada hobi dia ni. Still ada masa nak tanam2 ni. Tapi, kadang2 ayah aku pergi tengok kat tanaman sawit dia kat Kg. Langkap, Setiu. Tempat tu 1 jam dari rumah. Selalunya dia pergi pagi, petang tu dah ada kat rumah dah.

Bagi mak aku pulak, Jumaat ni hari untuk dia berehat dan beriadah. Mak aku pun suka jugak tanam2 pokok ni, tapi pokok bunga. Kalau dia tak tanam2 pokok, dia akan cabut2 rumput yang tinggi melampai kat tepi2 rumah. Nak harap anak2 dia ringan2 tangan cabut rumput tu memang taklah. Tapi masa mak aku buat ni, baru le ada yang rajin nak menolong...(termasuk aku..hehe). Sume macam pahat dengan penukul. haha...Aku rasa kalau mak aku tak de kat rumah tu, memang jadi semak samun rumah aku tu.

Bila time tengah hari, yang laki2 kat rumah aku sume dah bersiap2 nak pegi masjid. Ayah aku ni suka pegi awal. Kalau ada yang lambat tu memang kena tinggal. Walaupun ada masjid Kg Padang Nenas betul2 belakang rumah aku, ayah aku prefer pegi masjid UNISZA. Aku pun tak tahu knape. Kalau yang lambat2 tu dan kena tinggal, diorang pun kayuhla basikal pegi masjid blakang rumah aku tu. Kalau time sume adik-beradik aku 11 orang ada kat rumah, memang konvoi 2 kereta pegi masjid. haha...adik beradik aku ramai lelaki, 7 orang, sume dah besar2.

Time diorang pegi masjid, barulah aku dengan mak aku masuk dapur. Aku ada 3 orang adik perempuan, tapi yang hairannya, diorang ni selalu lesap time masak2 ni. Kalau panggil tu, kadang2 sampai 10 kali baru datang dapur. Kadang2 bila mak aku dah letih cabut2 rumput pagi tu, dia akan tertidur. Kesian mak aku. Tak sampai hati nak kejut. So, akulah kena masak sorang2 kat dapur tu. Nak buat macam mana, kalau duk harap orang lain, memang tak makan tengah hari la hari tu. Lauk biasa aku masak, kari, telur dadar, ikan keli goreng berlada, sayur goreng. Adik beradik laki aku dan ayah aku ni suka makan benda2 yang berlemak ni. Sebab tu badan sorang2 besar2. Kadang2 aku hairan jugak tengok lelaki2 luar dari family aku ni, kecik2 dan rendah2 (bukan menghina ye), makan banyak pun besar tu jugak. Kalaulah badan aku macam tu jugak best jugak. Tak yah susah2 nak diet. haha.

Ok, lepas makan tengah hari ni, besenya kami akan lepak2 depan TV. Aku dah lama tak tengok TV so aku tak ingat rancangan apa ada kat TV sekarang. Tak pun, ada je yang terus terbungkam atas katil.....zzzZZzzz....

Petang pulak, ayah aku akan turun melawat kebun sebelah rumah sekali lagi. Adik aku kata, kalau ayah aku tak berkebun, dia akan rasa letih dan tak larat. Sebenarnya, ayah aku ni dulu seorang perokok tegar. Dia berhenti merokok almost 1 tahun ebih dah. Bukan senang nak berhenti merokok ni. Sebab tu ayah aku need something to distract him. By gardening, I think he will forget about it. Sometimes, he replace cigarette with candy, Hacks with clover flavour. Why? Maybe the flavour give almost the same feeling when he smoked. Well, that is only my guess.

Malam pulak, berlalu dengan solat  maghrib, dinner dan solat Isyak. Then watch the TV again. Usually, my parents goes to sleep early especially my mother. Abah dengan geng2 laki, kalau ade bole, diorang layan bolala jawabnya. Huhu....lumrah jadi lelaki. Kalau tak minat bola tu something wrong la kot. Aku dengan yang selebihnya, tengok movie apa yang Astro tayang. Kadang2 dah dekat 10 kali tengok movie yang sama. Astro memang suka ulang tayang.

Lepas tu, sume masuk tidur. Aku pulak, still duk mengadap laptop. Download crite yang mana nak download. Haha...time tengah2 malam ni la internet laju. Kalau siang2 hari tu, adik aku main game lah, facebooking la....aku nak download tak senang. Malam2 ni takde orang ganggu.

Sebenarnya aku rindu sangat kat rumah sekarang ni. Sebab tu entry aku kali ni pasal ni. Brape hari lagi, terpacakla aku kat rumah selama 3 bulan. Well, this time, aku ada R.O.S. (Rancangan Oreintasi Sekolah). Kami yang nak jadi guru ni wajib buat. Macam praktikum tapi kami tak leh mengajar, just observe cikgu mengajar. Pastu, kami kena buat folio. Report sume yang kami nampak kat sekolah tu. huhu...

Sampai sini je aku mencoret. Lain kali plak.

Sekian, wasalam.

11 orang + umie dan abah = 13 orang

 Geng2 perempuan.. Dari kiri gambar (belakang):Farihin (19), aku (23) dan Acik (22).
Depan: Abah, Aishah dan Umie

 Geng2 lelaki: Dari kiri gambar (belakang): Hadi (12), Amil (15), Hafiz (20), Hazwan (25), Azim (17), Ahmad (13) dan Mujahid (10). 

Monday, March 28, 2011

It's a final countdown.....

 LARIIIIIII!!!!

Exam and assigments memang tak leh dipisahkan dalam diari seorang pelajar, tak kirala dia tulis diari atau tidak. Tapi masalahnya sekarang, bila dua2 ni datang serentak, aku memang "BIOL". Mana taknye, sebab lecturer kami tak ingat nak bagi assignments ni, terpaksa dia bagi last minute. Kalau tak, tak cukupla markah assignment kami 49 orang.

Sepatutnya sekarang ni aku tengah buat assignment tuk course "TEACHING LISTENING AND SPEAKING FOR PRIMARY SCHOOL" tapi aku kebuntuan idea + laptop aku jadi "BISU".....adessss...Nak tolong aku tak? Ni tajuk assignment aku;

1. In your opinion, what does it mean to teach listening to young L2 learners?
    - Propose 2 realistic options that may enhance the teaching of listening for these learners.
2. Discuss 2 challenges in teaching speaking skill to young L2 learners and suggest 2 techniques/strategies to overcome the challenges

Best tak assignment aku? Kalau korang capable, bantulah insan yang lemah ni. Kena buat tak lebih dari 15 pages. (haha)




****************************long sigh**************************

Sebenarnya, jauh di sudut hati aku ni, aku rasa sedih sangat. Sebab bila habis je exam ni, that's mean berakhirnya hidup2 aku yang gembira di UIA.  Dan kami 49 orang, eh, 50 orang "TERPAKSA" balik ke INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA.

Apa yang kami suka sangat kat UIA ni walaupun 2 tahun je kat sini?

1. Lecturer2 yang sangat baik dan murah markah. Lecturer2 kat sini very friendly dan approachable. Open-minded, caring dan sebagainyalah....

2. Hostel yang best, bilik semua masih dalam keadaan baik kalau nak compare dengan bangunan maktab.

3. Makanan yang best2 dan banyak choices. Kalau nak pegi beli makanan, tak perlu pakai pakaian formal or nak kena tunggu kul 2.30 ptg just tuk beli lunch.

4. Walaupun pagar UIA ni kena tutup lepas kul 12 a.m, tapi at least tak delah nak kena balik awal sehari semata2 tak nak kena LAM PT 404 tu...

5. Boleh bawak kete. Tak de masalah nak pegi mana2, asalkan tahu tempat.

6. Tak de warden yang annoying yang sengaja nak cari kesalahan students.

....dan banyak lagi. Tu belum kita time bulan Ramadhan lagi. Bazaar ramadhan, gerai jual2 baju dan etc.

Ramai yang kata kami semua kena bersedia dari segi mental dan fizikal bila nak balik maktab nanti. Sebab ada sorang makhluk Allah ni, SUUUUUUKAAAA sangat nak cari kesalahan students. Kalau dengan students PPISMP dengan PISMP pun dia selalu buat gitu, apatah lagi kami ber-50 orang ni pelajar TESL yang memang dah selalu jadi target orang2 macam ni. Kami semua ni dah di-"COP" dari saat kami melangkah kaki kat maktab tu. Dengan lecturer2 yang mengajar kami pun, semuanya sama je, especially yang Melayu dan beragama Islam. Pernah ada sorang lecturer tu (Melayu, Islam, dan ada title "HAJI") boleh keluarkan the "F" word depan sorang lecturer India, non-muslim. Semua sebab kami ni TESL. huh! Buat malu orang Islam je. Nak mencarut tu, agak2 la, jangan depan non-muslim kot.

Hmmm....aku dah melalut banyak dah. Kang tak siap pulak keje aku ni. Sampai disini aku mencoret.

Sekian, wasalam

Friday, March 4, 2011

What I really want to do right now?

What I really want to do right now?
If...the UIA's gate is still open until late night, I want to drive to anywhere....just to have a look on the night view of KL...so beautiful.....but I want to do it ALONE...as I want to have a moment just for myself.....

If...there is a shopping mall opened 24 hours, I want to go there...just for window shopping...or I may buy something...huhu...but ALONE...as I want to have a moment just for myself....

If....I am capable to walk around UIA at night (afraid will end up somewhere else)....I will do it...just want to capture the night view of UIA...what a breathtaking view....fuh!!! but I want to do it ALONE....as I want to have a moment just for myself....

There are so many things that I want to do right now...but ALL of it, I want to do it ALONE...just want to have a moment for myself...I want to have a place and time to think and reflect peacefully...without being interrupted by others.....

Maybe...I like to be ALONE...

Sekian, wasalam...

Thursday, February 24, 2011

M.A.S.A....untuk aku...

Aku bukan nak bagi definisi atau nasihat pasal menghargai masa, tapi nak cakap pasal aku...huhu...Baru hari ni aku dapat fikir pasal diri aku sendiri...rupa-rupanya, banyak benda aku sendiri yang aku tak sempat nak uruskan....sabun basuh baju dah habis, deodoran dah habis, bekalan susu segar habis dengan bekalan kaffein aku pun habis...huhu...
Entah apa yang aku fikir tadi, lepas je kelas Dr. Ismail, aku keluar seorang diri ke BSN tuk keluarkan duit dan terus pegi GIANT Batu Caves beli barang2 yang aku nak beli tu...ni 2nd time aku shopping sorang2 kt GIANT ni...huhu...sebenarnya aku bengang dengan budak2 kelas aku yang serang aku bertubi-tubi pasal kelas CALL tu...aku just nak inform je sebab SIR dah pesan...dahla marah2 pulak tu...aku ni manusia OK!!! nati aku jadi singa baru tau...pastu bila pegi GO (General Office) nak jumpa Madam Razimah, dia pulak ada meeting....ok...fine...tapi aku pening duk ulang banyak kali kat staff GO tu sebab apa aku nak jumpa Madam...adesss...pening aku....
Lepas balik dari GIANT, aku baru perasan yang badan aku memang penat sangat...sejak balik IPG Kampus Kota Bharu tu, aku tak cukup tidur rupanya...dengan election lagi....huhu...last2 lepas solat Asar, aku ingat nak rebah badan kejap nak rehat2...sedar2 aku tertidur...nasib baik solat dulu....aku tak expect akan tidur sebab before that, aku pekena CoffeeMix dulu...bangun2 pening aku...pastu dengar suara Syaza kuat giler dari bilik Mek Leng....huhu...MAMAI...@_@
Ke"busy"an aku ni tak berakhir lagi...tunggu Annual General Meeting dengan Election BEDSA je nanti...dahla aku programme manager...harap2 committee dpt bagi kerjasama...nak berguru dengan En. Lukman Uzir, mantan Presiden BEDSA pasal election ni nanti...(tunjuk ajarku sifu!! haha) ....lepas aku lepaskan jawatan aku sebagai ASSISTANT SECRETARY GENERAL of BEDSA ni, bolehla concentrate on exam...keluar makan meatball kat IKEA, jalan2...bla bla bla....
Tapi aku tahu, one day I'll miss this moment...that's why I give my best into this...memang letih tapi aku tahu bila aku balik maktab nanti, aku dah tak boleh pegang apa2 pun...JPP ke, apa ke...sebab tu aku grab this opportunity...well, aku perasan sme chnages in my attitude after I joined BEDSA:

1. interpersonal communication skill aku jadi lagi baik...kalau aku tak join BEDSA, sampai sekarang aku maybe kekok nak tegur orang lain selain dari orang yang aku kenal....
2. aku kenal ramai orang dengan pelbagai ragam....
3. aku lagi terdedah tentang keadaan sebenar UIA berbanding kawan2 aku yang lain...
4. aku gain more confident in conducting something and when presenting something...

Dan banyak lagilah....aku harap apa yang aku dapat ni aku dapat guna bila aku mengajar nanti...dah tak lama dah nak habis...INSYA ALLAH...bulan April tahun depan....pastu posting...mungkin bulan 9 konvo.....lepas tu nak try apply sambung master...lepas tu PhD...ingat nak further study in LITERATURE...tengok atas rezeki...kalau boleh, dapat lepas dapat PhD, nak mengajar sekolah balik boleh? huhu...lepas dapat PhD nak buat apa ye? maybe hasilkan buku2 ilmiah...huhu...semua ni rancangan je...ALLAH yang akan tentukan segalanya...Kawen? KIV dulu...aku tak nampak dengan sape aku nak kawen....sebab aku rasa nak marah kat someone yang tahu cakap pasal kawen dengan aku...macam serius...aku pun ingat serius...tup tup buat sombong dengan aku...nasib baik aku tak janji apa2 dengan dia...kawan2 aku pun nasihat aku jangan percaya sangat... 


Sampai sini dulu aku melalut...kalau ada yang rasa nak marah, aku mintak maaf...aku hanya meluahkan perasaan je...

Sekian, wassalam....

Wednesday, February 2, 2011

~Have you ever really, really, really, ever loved a woman?~

To really love a woman
To understand her - you gotta know her deep inside
Hear every thought - see every dream
N' give her wings - if she wants to fly
Then when you find yourself lyin' helpless in her arms
You know you really love a woman

When you love a woman then tell her

that she's really wanted
When you love a woman then tell her that she's the one
'cause she needs somebody to tell her
that it's gonna last forever
So tell me have you ever really
- really really ever loved a woman?

To really love a woman

Let her hold you -
till you know how she needs to be touched
You've gotta breathe her - really taste her
Till you can feel her in your blood
N' when you can see your unborn children in her eyes
You know you really love a woman

When you love a woman

then tell her that she's really wanted
When you love a woman then tell her that she's the one
'cause she needs somebody to tell her
that you'll always be together
So tell me have you ever really -
really really ever loved a woman?

You got to give her some faith - hold her tight

A little tenderness - you gotta treat her right
She will be there for you, takin' good care of you
Ya really gotta love your woman...

Then when you find yourself lyin' helpless in her arms

You know you really love a woman
When you love a woman you tell her
that she's really wanted
When you love a woman you tell her that she's the one
she needs somebody to tell her
that it's gonna last forever
So tell me have you ever really
- really really ever loved a woman?

Just tell me have you ever really,

really, really, ever loved a woman? You got to tell me
Just tell me have you ever really,
really, really, ever loved a woman?

(Bryan Adams)