ROS ni kire macam praktikum tapi tak kena mengajar. Kalau kawan-kawan aku yang fully bawah IPG, diorang buat seminggu je. Tapi aku plak yang ade 2 mak ni (IIUM & IPPM), kena buat 1 BULAN. Lama siot. Kami just kena observe macam mana cikgu mengajar and collect some data and pictures of the school. Well, biasanya we were given peluang tuk pilih sekolah mana nak buat ROS. Of course memang masing-masing nak buat kat hometown. Aku pun and I've chosen my brother and sister's school, SK MPKT.
*******************************************************************
Hari pertama aku agak kelam kabut sebab kebetulan Umie and Abah kena pergi KL tuk keje. Disebabkan pihak IIUM lambat hantar surat kat sekolah, so mak aku gagahkan diri jugak temankan aku pagi tu (before dia naik bas nak pegi KL). Umie memang dah biasa dengan guru besar tu. Alhamdullilah, guru besar still terima aku tapi aku tak leh observe kelas lagi. Aku berada di bawah seliaan PN AMELIAFARIHA, ketua panitia BI. Rupa-rupanya, teacher ni cikgu aku jugak kat sekolah lama aku dulu, tp transfer kat sini.Dipendekkan cerita, aku berjaya menempuh hari pertama aku. YES! and keep wondering bila nak habis.
********************************
Hari demi hari berlalu, aku rasa seronok plak dengan suasana sekolah ni walaupun kadang-kadang aku "ANGIN" jugak dengan students yang agak kurang ajar dengan aku. Cikgu-cikgu yang sporting and it's really help me in adapting myself to the school community. Aku rasa seronok sampai meeting yang tak de kaitan dengan aku pun aku attend...haha.
*********************************
Sedar tak sedar dah last week dah. Aku duk termangu2 lagi kat bilik guru check apa lagi yang tak de. KHAMIS, 26 Mei 2011, is my last day at school. Senyap2, aku letak 1 biji kek kat dalam fridge bilik guru. Kebetulan plak, cikgu-cikgu ni pakat ramai2 buat sandwich. Dekat2 aku nak pegi jaga kelas exam, aku pesan kat sorang cikgu suruh makan kek tu ramai2. Dia ingatkan kek birthday aku, rupa-rupanya Farewell Cake. Ternganga dia. Huhu...dia macam tak percaya je. Lepas habis keje aku, aku terus ambek kesempatan salam dengan semua cikgu2 yang ada kat bilik guru tu. Sayu plak bila fikir aku last day kat situ. Ada yang suruh aku mintak posting situ. Insya Allah kalau ada rezeki.
*************************************
Sampai sekarang aku still sedih lagi bila fikir aku dah habis ROS. Aku pun tak tahu kenapa. Aku harap aku tak tinggal benda2 yang tak elok untuk cikgu2 ingat. Biarlah benda yang baik je diorang ingat. Huhu....
TERIMA KASIH CIKGU-CIKGU SK MPKT....
Sekian, wasalam..