Friday, June 24, 2011

Awat sombong sangat???

PANG!!! PANG!!! PANG!!!

3 kali penampar hinggap kat pipi sapa2 yang kata macam tu kat aku. (Bukan sume orang ye). Aku memang dah biasa sangat orang kata sombong. Maybe sebab muka aku kalau ambil gambar, aku slalu buat muka serius macam ni:

(Haha...dia jugak aku pilih)
Kalau tengok gambar, aku rasa memang banyak gambar muka aku serius. Tau tak sebab ape? Sebab aku senyum tak lawa, so buat pe nak tunjuk benda "tak-brape-cantek" kan? Aku terima hakikat tu....Nak buat macam mana, aku ni "ghopa pun x ade, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong"....

Yang aku nak marah ni ialah manusia2 yang mengaku dirinya kawan kepada aku tapi bila aku "hai" kat chat FB, dia pun MESTI akan balas lebih kurang macam ni:

"Hai..."
"Saya selalu je nampak awak on9, tapi hari ni baru awak tegur saya. Bakpe sombong ngat lening?"

Aik? Aku pulak sombong? Padahal aku yang start conversation tu. Mula2 tu aku terimala dia kata aku sombong. Yelah, aku pun perasan jugak dia selalu on9 tapi aku bukannya suka sangat nak chatting2 ni. Aku dah lepas zaman tu. Nak dijadikan cerita, esoknya bila aku "Hai" pulak kat orang yang sama, dia tak reply sampai ke sudah...dan begitu jugak hari seterusnya. Sekarang ni sape sombong? AKU ke KAU?

Aku bukan nak "gender bias" tapi yang biasa buat gini kat aku ialah makhluk ALLAH yang bernama "LELAKI". Aku rasala, dia ingat aku nak tackle dia kot. Tak payah nak sakit kepala nak fikir benda yang bukan2 tu. Aku cuma nak tanya khabar. Tu je. Salah ke? Hmmm.... Buat rileks la brader. Aku bukan orang yang mudah jatuh hati senang2 gitu je. Tambah2 through ALAM MAYA ni, lagila aku tak caye. Aku pun ramai je kawan2 laki lain yang aku boleh chatting tanpa ada rasa lain selain dari kawan.

Aku ni niat ikhlas, nak eratkan silaturrahim, sambung balik persahabatan yang putus walaupun tak kawan mana pun time sekolah. Sebabnya, aku memang lost contact dengan ramai jugak kawan2 sekolah ni. Kalau aku nak buat kenduri, aku jemputlah. Nanti kalau tak jemput, ada pulak yang terasa hati. Aku tak nakla jadi macam rumah yang dah siap tapi pahat berbunyi lagi.

Kalau muka aku cantik macam Marian Rivera ni, mesti orang tak kata aku sombong kan? haha
Aku nak mintak maaf kat sape2 yang terasa atau sakit hati walaupun aku tahu tak de orang pun baca blog aku ni selain dari yang follow aku. Pathetic right? Kalau yang baca tu, buatla apa yang patut ye.

Sekian, wasalam...

Thursday, June 23, 2011

.: Hari Keputerian ke 23 tahun aku :.

Sekadar gambar hiasan...hehe

♪♫ Happy birthday to ME ♪♫
♪♫ Happy birthday to ME ♪♫
♪♫ Happy birthday to ME ♪♫ 
♪♫ Happy birthday to ME ♪♫

FUUUUHHHHHHHHH!!!! (sila imagine aksi meniup lilin)...

Bagi yang tak tahu, sebenarnya dah 2 hari birthday aku berlalu, that is on 21st June...aku memang nak buat entry especially for my birthday tapi aku terlupa sebab asyik sangat main game FB...(x de keje).

Biasenye, apa orang buat masa birthday? Kalau aku tengok kawan2 aku, diorang akan post kat FB wishlist diorang. Huhu. Aku bukan nak apa sangat pun. Just few items...such as:

1.HIM!!!! haha...dari dulu lagi aku nak dia...kalau sape2 tak kenal, nama dia KIM JAE JOONG...lepas tu korang google sendiri...aku malas nak terang...


2. Iphone 4...haha. Aku tak nak komen pape...

Ha, 2 tu je aku nak. Sape2 yang baik hati tolongla bagi kat aku. Haha...just kidding.

Aku nak ucap terima kasih kat kawan-kawan aku yang wish birthday kat aku. Ramai jugak yang doa aku suruh cepat kawen..AMEEEN... Agaknya memang aku ni dah tua sangat sebab tu ramai yang suruh aku kawen. 

Beberapa fakta tentang 21 June:

  1. Merupakan hari yang ke 172 dalam setahun (173 4 tahun lompat)
  2. Merupakan soltis musim panas di hemisfera utara (siang panjang) dan soltis musim sejuk di hemisfera selatan (malam panjang)
  3. Tahun 1982, Prince William dilahirkan.
  4. Tahun 1527, Niccolo Machiavelli mati. Dia ni penulis buku "The Prince" - Matlamat menghalalkan cara.

Dan apa yang penting, aku dapat hadiah dari mak aku masa teman dia pergi meeting kat KL on 19-20 Jun... Tengah2 shopping kat SOGO mak aku tanya nak pape tak. Aku pun teringat purse aku yang dah usang tu, so aku request la purse. 


jeng jeng jeng!!! Thanks UMIE!!!

That's all yang aku boleh tulis. Actually aku ketandusan idea. 

Sekian, wasalam...

Monday, June 6, 2011

Aku dan tudung....

*Dah berhabuk blog aku, sekian lama tak update. Banyak yang aku nak kongsi tapi aku agak busy dengan benda2 lain.*

Tengah2 aku layan facebook aku, tiba2 aku terlihat salah seorang dari kawan aku kat FB share 1 link Youtube yang bertajuk,"Catriona Ross Cerita Hidayah Memakai Tudung". Aku pun dengan curiousnya terus klik video tu. Aku memang terharu bila aku dengar kisah dia mendapat hidayah dari Allah untuk bertudung. At the same time, aku pun teringat macam mana aku start pakai tudung....


Officially, aku start pakai tudung masa aku darjah 3, after aku transfer ke SK Mengabang Telipot. Knape aku tiba2 bertudung? Sebab time tu cikgu kelas aku yang bernama cikgu Othman Jailani cakap macam ni, "Sape2 hok tak mboh paka tudung, esok cikgu kerat rambut dia". Masa tu dalam kelas aku, just 2-3 orang je yang free hair termasuklah aku. Before aku datang sekolah ni, aku dah transfer sekolah sebanyak 2 kali, SK Luagan kat Keningau dan SK Gong Badak. Masa tu memang aku free hair je. 

Bila aku balik rumah je, aku terus report kat mak aku. Aku memang saaaaaaaaayang giler rambut aku. So, nak tak nak aku pakai tudung keesokannya. Hehe...yang kelakarnya, disebabkan mak aku tak sempat nak belikan aku tudung, dia ambik je tudung dia yang kaler putih then pakaikan kat aku. Of course aku nampak lain dari yang lain. Guru besar pun tengok aku semacam je tapi aku tak kisah, sebab rambut aku selamat.

MALANGNYE, (hehe)...kat rumah aku free hair balik. Aku pakai tudung time kat sekolah je. Masa aku darjah 4, aku pindah rumah, pindah masuk ke kuarters warden MPKT (sekarang IPG KDRI). Anak2 jiran aku semua lelaki!!! Dan all of them lebih kurang sebaya je dengan aku. Disebabkan aku tak de kawan lain, tulah kawan2 aku. Aku agak tomboy time tu. Suka pakai topi, main bola, tudung memang hilangla bila kat rumah. 

Suatu hari, mak aku mintak aku pergi beli something kat kafe maktab tu. Aku pun kayuhla basikal dengan sorang adik aku pegi kafe tu. Masa aku tengah nak turunkan tongkat basikal tu, tiba2 adalah sorang abang ni, student maktab. Dia tegur aku and tanya, 

Abang student maktab: "Dik, dik ni anak sapa?" 
Aku: "Anak Puan Norzaini dengan Encik Kholid."
Abang tu: "Oh, cantik rambut adik. Tapi kalau adik pakai tudung lagi cantik." 


Dan aku pun terdiam dan tersentap. Aku ingat lagi aku baru je 11 tahun time tu. Lepas tu, kata2 abang tu duk terngiang2 dalam kepala aku. 


Macam 1 keajaiban buat aku, esok bile aku nak keluar rumah, aku rasa kekok tak pakai tudung. Rasa macam berbogel. Dan mulai dari saat tu, aku mula bertudung sepenuhnya sampailah ke hari ni.


Sampai sekarang, aku rasa sangat bersyukur sebab aku memilih untuk bertudung time tu. Kalau difikirkan, apalah yang boleh dilakukan oleh seorang budak yang berumur 11 tahun? Mengubah dunia? Sememangnya agak mustahil kalau budak tu adalah aku. Tapi aku bangga dengan diri aku sebab mampu membuat keputusan yang besar dan insya Allah berkekalan hingga ke hari ni. 


Aku sangat berterima kasih kepada abang tu sebab hanya dengan kata2 nya, telah berjaya menjadikan aku pada hari ini. Terima kasih bang. Semoga abang sentiasa hidup dalam keberkatan-Nya dan rahmat-Nya tak kira dimana saja abang berada.

Dan sehingga hari ni, I can proudly say, "I LOVE MY HIJAB"..


Sekian, wasalam...

Monday, May 30, 2011

ROS....suatu pengalaman...

Bagi kawan-kawan yang memang ambil perguruan, memang dah biasa dengan term ROS and PBS. Bagi kawan-kawan yang lain plak, ROS ni ialah Rancangan Orientasi Sekolah dan PBS ni Pengalaman Berasaskan Sekolah. Pening? Tak pe, at least dah tahu apa maksud akronim ni.

ROS ni kire macam praktikum tapi tak kena mengajar. Kalau kawan-kawan aku yang fully bawah IPG, diorang buat seminggu je. Tapi aku plak yang ade 2 mak ni (IIUM & IPPM), kena buat 1 BULAN. Lama siot. Kami just kena observe macam mana cikgu mengajar and collect some data and pictures of the school. Well, biasanya we were given peluang tuk pilih sekolah mana nak buat ROS. Of course memang masing-masing nak buat kat hometown. Aku pun and I've chosen my brother and sister's school, SK MPKT.

*******************************************************************

Hari pertama aku agak kelam kabut sebab kebetulan Umie and Abah kena pergi KL tuk keje. Disebabkan pihak IIUM lambat hantar surat kat sekolah, so mak aku gagahkan diri jugak temankan aku pagi tu (before dia naik bas nak pegi KL). Umie memang dah biasa dengan guru besar tu. Alhamdullilah, guru besar still terima aku tapi aku tak leh observe kelas lagi. Aku berada di bawah seliaan PN AMELIAFARIHA, ketua panitia BI. Rupa-rupanya, teacher ni cikgu aku jugak kat sekolah lama aku dulu, tp transfer kat sini.Dipendekkan cerita, aku berjaya menempuh hari pertama aku. YES! and keep wondering bila nak habis.
 ********************************
Hari demi hari berlalu, aku rasa seronok plak dengan suasana sekolah ni walaupun kadang-kadang aku "ANGIN" jugak dengan students yang agak kurang ajar dengan aku. Cikgu-cikgu yang sporting and it's really help me in adapting myself to the school community. Aku rasa seronok sampai meeting yang tak de kaitan dengan aku pun aku attend...haha.

*********************************

Sedar tak sedar dah last week dah. Aku duk termangu2 lagi kat bilik guru check apa lagi yang tak de. KHAMIS, 26 Mei 2011, is my last day at school. Senyap2, aku letak 1 biji kek kat dalam fridge bilik guru. Kebetulan plak, cikgu-cikgu ni pakat ramai2 buat sandwich. Dekat2 aku nak pegi jaga kelas exam, aku pesan kat sorang cikgu suruh makan kek tu ramai2. Dia ingatkan kek birthday aku, rupa-rupanya Farewell Cake. Ternganga dia. Huhu...dia macam tak percaya je. Lepas habis keje aku, aku terus ambek kesempatan salam dengan semua cikgu2 yang ada kat bilik guru tu. Sayu plak bila fikir aku last day kat situ. Ada yang suruh aku mintak posting situ. Insya Allah kalau ada rezeki.

*************************************

Sampai sekarang aku still sedih lagi bila fikir aku dah habis ROS. Aku pun tak tahu kenapa. Aku harap aku tak tinggal benda2 yang tak elok untuk cikgu2 ingat. Biarlah benda yang baik je diorang ingat. Huhu....
TERIMA KASIH CIKGU-CIKGU SK MPKT....

Sekian, wasalam..

Thursday, April 14, 2011

Down to memory lane....KERJA

Dah nak masuk pertengahan bulan April dah. Tak lama, habisla bulan ni. Masuk bulan baru. Macam tu je masa berlalu dengan cepatnya. Aku teringat, tahun lepas, tak silap dalam 25hb April, aku masuk kerja kat Kedai Kasut You kat Giant Terengganu. Dah nak dekat setahun rupanya. Rasa macam sekejap je.

Masa kerja kat sana, macam2 ragam manusia aku jumpa. Macam contoh:

1. Seorang makcik, datang dengan suami, pakai tudung labuh. Tapi yang tak eloknye, lepas dia try kasut dia, dia campak je kasut tu kat depan muka aku, suruh aku kutip. Memang langsung tak de manner. Mungkin dia rasa hebat dengan tudung labuh dia. Orang macam nilah yang merosakkan imej baik orang yang bertudung labuh. Saya rasa marah sebab saya ada ramai kawan2 yang tudung labuh tapi mereka sentiasa senyum and low profile. 

2. Sorang mak, datang dengan 2 orang anak laki yang kecik, umur lebih kurang 5-7 tahun. Comel sangat budak2 tu. Yang aku tak berkenannya dengan mak dia. Dia orang luar, macam orang berkerjaya. Cantik tapi free hair. Masa tu dia tengah on phone, berbual dengan kawan dia tapi duk mengumpat husband dia. Rasanya dia balik kampung husband dia, kt Terengganu. Dia duk bebel2 kata terpaksa tinggal keje sebab nak balik kampung la, kena jaga anak dia la. Pastu, dia lepas geram kat anak2 dia. Kasar sangat. Aku macam nak tegur tapi aku sape, tak tahu hal sebenar. So, aku tengok jelah.

3. Yang paling menarik, isteri muda, lebih kurang sebaya aku, tapi husbandnya tua, umur maybe dalam 50 lebih. Duk berkepit macam diorang je yang kawen. Haha. Aku nak kata apa, jodoh tu perkara yang dirahsiakan, mungkin tu jodoh dia.

Dan macam2 lagi ragam manusia aku jumpa. Kerja kat sana memang sangat letih sampai turun berat badan aku. Kena berdiri je dari awal keje sampai habis. Kena sapu kedai, mop lantai, lap2 display. Kena datang sebelum 9.30 pagi dan balik kul 11 malam (Sebab kedai tu kt dalam GIANT, kena ikut masa GIANT).
Terima kasih kepada Nurul, Ros, Mira dan Liza sebab bagi aku memori yang indah masa keje kat sana. Mereka sume ni adik kepada aku. Huhu.

 Ros (tudung kelabu) dan Mira (tudung hitam)
Aku dan Mira


Ros

 Mira

Ros lagi






















Sekian, wasalam...

Tuesday, April 5, 2011

~Lost and Found~

Tatkala aku duk mengemas barang semalam, terjumpa 1 benda ni...hik hik...

SIJIL KURSUS KAWEN!!!!!

Haha. Aku dah lama pegi rupanya. Haha..

Sekian, wassalam...

p/s: Sekadar selingan dikadar study...huhu

Friday, April 1, 2011

~Scenario Hari Jumaat~

Apa yang berlaku pada hari Jumaat? Maksud aku aktiviti yang kamu buat, bukan benda2 pelik. Setiap kali hari Jumaat, aku mesti ingat kat rumah. Keluarga aku ada aktiviti tersendiri, start dari ayah aku sampaila yang paling bongsu, Aisyah. Jumaat kat Terengganu cuti, so kami banyak aktiviti riadah.

Ayah aku, macam biasa rutin tiap2 hari, mesti ada kat kebun dia kat sebelah rumah. Dalam kebun tu ada arnab2 yang comel, ayam, ikan keli 3 tangki dengan sayur2. Ayah aku ni orang putih kata "Green finger". Tanam apa pun hidup. Dia dah start bercucuk tanam dari kecil lagi. Ayah aku ni bukan orang senang dari awal. Nenek aku dgn arwah tok ayah aku penoreh getah. Tapi alhamdulilah, walaupun ayah aku dah jadi lecturer, dia still tak lupa pada hobi dia ni. Still ada masa nak tanam2 ni. Tapi, kadang2 ayah aku pergi tengok kat tanaman sawit dia kat Kg. Langkap, Setiu. Tempat tu 1 jam dari rumah. Selalunya dia pergi pagi, petang tu dah ada kat rumah dah.

Bagi mak aku pulak, Jumaat ni hari untuk dia berehat dan beriadah. Mak aku pun suka jugak tanam2 pokok ni, tapi pokok bunga. Kalau dia tak tanam2 pokok, dia akan cabut2 rumput yang tinggi melampai kat tepi2 rumah. Nak harap anak2 dia ringan2 tangan cabut rumput tu memang taklah. Tapi masa mak aku buat ni, baru le ada yang rajin nak menolong...(termasuk aku..hehe). Sume macam pahat dengan penukul. haha...Aku rasa kalau mak aku tak de kat rumah tu, memang jadi semak samun rumah aku tu.

Bila time tengah hari, yang laki2 kat rumah aku sume dah bersiap2 nak pegi masjid. Ayah aku ni suka pegi awal. Kalau ada yang lambat tu memang kena tinggal. Walaupun ada masjid Kg Padang Nenas betul2 belakang rumah aku, ayah aku prefer pegi masjid UNISZA. Aku pun tak tahu knape. Kalau yang lambat2 tu dan kena tinggal, diorang pun kayuhla basikal pegi masjid blakang rumah aku tu. Kalau time sume adik-beradik aku 11 orang ada kat rumah, memang konvoi 2 kereta pegi masjid. haha...adik beradik aku ramai lelaki, 7 orang, sume dah besar2.

Time diorang pegi masjid, barulah aku dengan mak aku masuk dapur. Aku ada 3 orang adik perempuan, tapi yang hairannya, diorang ni selalu lesap time masak2 ni. Kalau panggil tu, kadang2 sampai 10 kali baru datang dapur. Kadang2 bila mak aku dah letih cabut2 rumput pagi tu, dia akan tertidur. Kesian mak aku. Tak sampai hati nak kejut. So, akulah kena masak sorang2 kat dapur tu. Nak buat macam mana, kalau duk harap orang lain, memang tak makan tengah hari la hari tu. Lauk biasa aku masak, kari, telur dadar, ikan keli goreng berlada, sayur goreng. Adik beradik laki aku dan ayah aku ni suka makan benda2 yang berlemak ni. Sebab tu badan sorang2 besar2. Kadang2 aku hairan jugak tengok lelaki2 luar dari family aku ni, kecik2 dan rendah2 (bukan menghina ye), makan banyak pun besar tu jugak. Kalaulah badan aku macam tu jugak best jugak. Tak yah susah2 nak diet. haha.

Ok, lepas makan tengah hari ni, besenya kami akan lepak2 depan TV. Aku dah lama tak tengok TV so aku tak ingat rancangan apa ada kat TV sekarang. Tak pun, ada je yang terus terbungkam atas katil.....zzzZZzzz....

Petang pulak, ayah aku akan turun melawat kebun sebelah rumah sekali lagi. Adik aku kata, kalau ayah aku tak berkebun, dia akan rasa letih dan tak larat. Sebenarnya, ayah aku ni dulu seorang perokok tegar. Dia berhenti merokok almost 1 tahun ebih dah. Bukan senang nak berhenti merokok ni. Sebab tu ayah aku need something to distract him. By gardening, I think he will forget about it. Sometimes, he replace cigarette with candy, Hacks with clover flavour. Why? Maybe the flavour give almost the same feeling when he smoked. Well, that is only my guess.

Malam pulak, berlalu dengan solat  maghrib, dinner dan solat Isyak. Then watch the TV again. Usually, my parents goes to sleep early especially my mother. Abah dengan geng2 laki, kalau ade bole, diorang layan bolala jawabnya. Huhu....lumrah jadi lelaki. Kalau tak minat bola tu something wrong la kot. Aku dengan yang selebihnya, tengok movie apa yang Astro tayang. Kadang2 dah dekat 10 kali tengok movie yang sama. Astro memang suka ulang tayang.

Lepas tu, sume masuk tidur. Aku pulak, still duk mengadap laptop. Download crite yang mana nak download. Haha...time tengah2 malam ni la internet laju. Kalau siang2 hari tu, adik aku main game lah, facebooking la....aku nak download tak senang. Malam2 ni takde orang ganggu.

Sebenarnya aku rindu sangat kat rumah sekarang ni. Sebab tu entry aku kali ni pasal ni. Brape hari lagi, terpacakla aku kat rumah selama 3 bulan. Well, this time, aku ada R.O.S. (Rancangan Oreintasi Sekolah). Kami yang nak jadi guru ni wajib buat. Macam praktikum tapi kami tak leh mengajar, just observe cikgu mengajar. Pastu, kami kena buat folio. Report sume yang kami nampak kat sekolah tu. huhu...

Sampai sini je aku mencoret. Lain kali plak.

Sekian, wasalam.

11 orang + umie dan abah = 13 orang

 Geng2 perempuan.. Dari kiri gambar (belakang):Farihin (19), aku (23) dan Acik (22).
Depan: Abah, Aishah dan Umie

 Geng2 lelaki: Dari kiri gambar (belakang): Hadi (12), Amil (15), Hafiz (20), Hazwan (25), Azim (17), Ahmad (13) dan Mujahid (10). 

Monday, March 28, 2011

It's a final countdown.....

 LARIIIIIII!!!!

Exam and assigments memang tak leh dipisahkan dalam diari seorang pelajar, tak kirala dia tulis diari atau tidak. Tapi masalahnya sekarang, bila dua2 ni datang serentak, aku memang "BIOL". Mana taknye, sebab lecturer kami tak ingat nak bagi assignments ni, terpaksa dia bagi last minute. Kalau tak, tak cukupla markah assignment kami 49 orang.

Sepatutnya sekarang ni aku tengah buat assignment tuk course "TEACHING LISTENING AND SPEAKING FOR PRIMARY SCHOOL" tapi aku kebuntuan idea + laptop aku jadi "BISU".....adessss...Nak tolong aku tak? Ni tajuk assignment aku;

1. In your opinion, what does it mean to teach listening to young L2 learners?
    - Propose 2 realistic options that may enhance the teaching of listening for these learners.
2. Discuss 2 challenges in teaching speaking skill to young L2 learners and suggest 2 techniques/strategies to overcome the challenges

Best tak assignment aku? Kalau korang capable, bantulah insan yang lemah ni. Kena buat tak lebih dari 15 pages. (haha)




****************************long sigh**************************

Sebenarnya, jauh di sudut hati aku ni, aku rasa sedih sangat. Sebab bila habis je exam ni, that's mean berakhirnya hidup2 aku yang gembira di UIA.  Dan kami 49 orang, eh, 50 orang "TERPAKSA" balik ke INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA.

Apa yang kami suka sangat kat UIA ni walaupun 2 tahun je kat sini?

1. Lecturer2 yang sangat baik dan murah markah. Lecturer2 kat sini very friendly dan approachable. Open-minded, caring dan sebagainyalah....

2. Hostel yang best, bilik semua masih dalam keadaan baik kalau nak compare dengan bangunan maktab.

3. Makanan yang best2 dan banyak choices. Kalau nak pegi beli makanan, tak perlu pakai pakaian formal or nak kena tunggu kul 2.30 ptg just tuk beli lunch.

4. Walaupun pagar UIA ni kena tutup lepas kul 12 a.m, tapi at least tak delah nak kena balik awal sehari semata2 tak nak kena LAM PT 404 tu...

5. Boleh bawak kete. Tak de masalah nak pegi mana2, asalkan tahu tempat.

6. Tak de warden yang annoying yang sengaja nak cari kesalahan students.

....dan banyak lagi. Tu belum kita time bulan Ramadhan lagi. Bazaar ramadhan, gerai jual2 baju dan etc.

Ramai yang kata kami semua kena bersedia dari segi mental dan fizikal bila nak balik maktab nanti. Sebab ada sorang makhluk Allah ni, SUUUUUUKAAAA sangat nak cari kesalahan students. Kalau dengan students PPISMP dengan PISMP pun dia selalu buat gitu, apatah lagi kami ber-50 orang ni pelajar TESL yang memang dah selalu jadi target orang2 macam ni. Kami semua ni dah di-"COP" dari saat kami melangkah kaki kat maktab tu. Dengan lecturer2 yang mengajar kami pun, semuanya sama je, especially yang Melayu dan beragama Islam. Pernah ada sorang lecturer tu (Melayu, Islam, dan ada title "HAJI") boleh keluarkan the "F" word depan sorang lecturer India, non-muslim. Semua sebab kami ni TESL. huh! Buat malu orang Islam je. Nak mencarut tu, agak2 la, jangan depan non-muslim kot.

Hmmm....aku dah melalut banyak dah. Kang tak siap pulak keje aku ni. Sampai disini aku mencoret.

Sekian, wasalam

Friday, March 4, 2011

What I really want to do right now?

What I really want to do right now?
If...the UIA's gate is still open until late night, I want to drive to anywhere....just to have a look on the night view of KL...so beautiful.....but I want to do it ALONE...as I want to have a moment just for myself.....

If...there is a shopping mall opened 24 hours, I want to go there...just for window shopping...or I may buy something...huhu...but ALONE...as I want to have a moment just for myself....

If....I am capable to walk around UIA at night (afraid will end up somewhere else)....I will do it...just want to capture the night view of UIA...what a breathtaking view....fuh!!! but I want to do it ALONE....as I want to have a moment just for myself....

There are so many things that I want to do right now...but ALL of it, I want to do it ALONE...just want to have a moment for myself...I want to have a place and time to think and reflect peacefully...without being interrupted by others.....

Maybe...I like to be ALONE...

Sekian, wasalam...

Thursday, February 24, 2011

M.A.S.A....untuk aku...

Aku bukan nak bagi definisi atau nasihat pasal menghargai masa, tapi nak cakap pasal aku...huhu...Baru hari ni aku dapat fikir pasal diri aku sendiri...rupa-rupanya, banyak benda aku sendiri yang aku tak sempat nak uruskan....sabun basuh baju dah habis, deodoran dah habis, bekalan susu segar habis dengan bekalan kaffein aku pun habis...huhu...
Entah apa yang aku fikir tadi, lepas je kelas Dr. Ismail, aku keluar seorang diri ke BSN tuk keluarkan duit dan terus pegi GIANT Batu Caves beli barang2 yang aku nak beli tu...ni 2nd time aku shopping sorang2 kt GIANT ni...huhu...sebenarnya aku bengang dengan budak2 kelas aku yang serang aku bertubi-tubi pasal kelas CALL tu...aku just nak inform je sebab SIR dah pesan...dahla marah2 pulak tu...aku ni manusia OK!!! nati aku jadi singa baru tau...pastu bila pegi GO (General Office) nak jumpa Madam Razimah, dia pulak ada meeting....ok...fine...tapi aku pening duk ulang banyak kali kat staff GO tu sebab apa aku nak jumpa Madam...adesss...pening aku....
Lepas balik dari GIANT, aku baru perasan yang badan aku memang penat sangat...sejak balik IPG Kampus Kota Bharu tu, aku tak cukup tidur rupanya...dengan election lagi....huhu...last2 lepas solat Asar, aku ingat nak rebah badan kejap nak rehat2...sedar2 aku tertidur...nasib baik solat dulu....aku tak expect akan tidur sebab before that, aku pekena CoffeeMix dulu...bangun2 pening aku...pastu dengar suara Syaza kuat giler dari bilik Mek Leng....huhu...MAMAI...@_@
Ke"busy"an aku ni tak berakhir lagi...tunggu Annual General Meeting dengan Election BEDSA je nanti...dahla aku programme manager...harap2 committee dpt bagi kerjasama...nak berguru dengan En. Lukman Uzir, mantan Presiden BEDSA pasal election ni nanti...(tunjuk ajarku sifu!! haha) ....lepas aku lepaskan jawatan aku sebagai ASSISTANT SECRETARY GENERAL of BEDSA ni, bolehla concentrate on exam...keluar makan meatball kat IKEA, jalan2...bla bla bla....
Tapi aku tahu, one day I'll miss this moment...that's why I give my best into this...memang letih tapi aku tahu bila aku balik maktab nanti, aku dah tak boleh pegang apa2 pun...JPP ke, apa ke...sebab tu aku grab this opportunity...well, aku perasan sme chnages in my attitude after I joined BEDSA:

1. interpersonal communication skill aku jadi lagi baik...kalau aku tak join BEDSA, sampai sekarang aku maybe kekok nak tegur orang lain selain dari orang yang aku kenal....
2. aku kenal ramai orang dengan pelbagai ragam....
3. aku lagi terdedah tentang keadaan sebenar UIA berbanding kawan2 aku yang lain...
4. aku gain more confident in conducting something and when presenting something...

Dan banyak lagilah....aku harap apa yang aku dapat ni aku dapat guna bila aku mengajar nanti...dah tak lama dah nak habis...INSYA ALLAH...bulan April tahun depan....pastu posting...mungkin bulan 9 konvo.....lepas tu nak try apply sambung master...lepas tu PhD...ingat nak further study in LITERATURE...tengok atas rezeki...kalau boleh, dapat lepas dapat PhD, nak mengajar sekolah balik boleh? huhu...lepas dapat PhD nak buat apa ye? maybe hasilkan buku2 ilmiah...huhu...semua ni rancangan je...ALLAH yang akan tentukan segalanya...Kawen? KIV dulu...aku tak nampak dengan sape aku nak kawen....sebab aku rasa nak marah kat someone yang tahu cakap pasal kawen dengan aku...macam serius...aku pun ingat serius...tup tup buat sombong dengan aku...nasib baik aku tak janji apa2 dengan dia...kawan2 aku pun nasihat aku jangan percaya sangat... 


Sampai sini dulu aku melalut...kalau ada yang rasa nak marah, aku mintak maaf...aku hanya meluahkan perasaan je...

Sekian, wassalam....

Wednesday, February 2, 2011

~Have you ever really, really, really, ever loved a woman?~

To really love a woman
To understand her - you gotta know her deep inside
Hear every thought - see every dream
N' give her wings - if she wants to fly
Then when you find yourself lyin' helpless in her arms
You know you really love a woman

When you love a woman then tell her

that she's really wanted
When you love a woman then tell her that she's the one
'cause she needs somebody to tell her
that it's gonna last forever
So tell me have you ever really
- really really ever loved a woman?

To really love a woman

Let her hold you -
till you know how she needs to be touched
You've gotta breathe her - really taste her
Till you can feel her in your blood
N' when you can see your unborn children in her eyes
You know you really love a woman

When you love a woman

then tell her that she's really wanted
When you love a woman then tell her that she's the one
'cause she needs somebody to tell her
that you'll always be together
So tell me have you ever really -
really really ever loved a woman?

You got to give her some faith - hold her tight

A little tenderness - you gotta treat her right
She will be there for you, takin' good care of you
Ya really gotta love your woman...

Then when you find yourself lyin' helpless in her arms

You know you really love a woman
When you love a woman you tell her
that she's really wanted
When you love a woman you tell her that she's the one
she needs somebody to tell her
that it's gonna last forever
So tell me have you ever really
- really really ever loved a woman?

Just tell me have you ever really,

really, really, ever loved a woman? You got to tell me
Just tell me have you ever really,
really, really, ever loved a woman?

(Bryan Adams) 

Monday, January 31, 2011

Antara Richard Marx dan Bryan Adams....

Korang pernah dengar lagu "Right here waiting"? "Please forgive me"? Dua2 lagu ni adalah lagu all time favourite aku...memang jiwang karat habislah...(aku mmg layan benda2 mcm ni)...aku mula jatuh hati dengan lagu Right here waiting oleh Richard Marx ni masa sekolah rendah lagi kalau x silap...memang dah berkurun aku minat lagu ni..haha...mak aku pernah beli 1 kaset, "The Power of Love", ada himpunan lagu2 omputih yang best2...masa tu aku memang die hard fan Celine Dion..(sampai sekarang pun)...sebab dalam kaset tu ada lagu 'My heart will go on"...dan dalam tu jugak ada lagu Richard Marx ni...aku pun gilalah kat lagu ni sampai sekarang...dan everytime aku teringat kisah cinta aku, aku mesti dengar lagu ni...entah sape yang aku tunggu...huhu

Lagu Bryan Adams, Please forgive me ni pulak aku minat masa high school. Korang ingat tak novel "The Prisoner of Zenda"? Rudolf Rassendyl? Princess Flavia?  haha...mesti ramai still ingat...even sekarang bagi aku tulah novel sastera paling best di abad ini...haha...anyway, setiap kali aku baca novel ni, aku mesti imagine lagu ni as OST novet ni...haha...and aku tak tahu dah brape kali aku khatam baca buku ni...dulu masa kat sekolah, aku hafal setting and cerita ni by heart, and tulah yang tolong aku masa jawab PMR...belit tang mana pun soalan literature tu, aku mesti boleh jawab...dan disebabkan cerita nilah aku bercita-cita nak sambung master dan PhD aku dalam literature...sometimes orang anggap this things as something yang remeh but it gave me a big impact.

Kalau dengar suara Bryan Adams dengan Richard Marx ni, kita boleh rasa the similarity...dua2 suara serak2 basah...(kot) dan dua2 ada suara yang best...genre lagu yang diorang nyanyi pun lebih kurang sama...and now aku tengah kumpul banyak2 lagu diorang...nak layan sorang2...memang best...banyak lagu2 diorang yang best2...Falling, Because I love you, Have you really love a woman, Here I am.....etc...

Kalau aku nak cerita pasal diorang ni, 3 hari 3 malam pun tak habis lagi...haha...lagipun aku memang dah mengantuk sangat sekarang ni...baru lepas makan panadol sebab sakit kepala...ni menulis pun sebab ilham datang tiba2...huhu...


Sekian, wasalam....

Saturday, January 29, 2011

Footprint....


Tapak kaki sapa ni? Tok Dalang? Alien...

Sebenarnya aku nak pesan kat pembaca2 blog saya sekalian...(walaupun x ramai)..sila tinggalkan "jejak" anda so that saya tahu ada orang singgah...at least kat chat bot...and don't forget to add your link also so that I can view your blog...

Sekian, wassalam...

Saturday, January 22, 2011

Dilema seorang wanita....

Dilema seorang wanita?
Siapakah wanita itu?
Apakah dilema itu?

Akulah wanita yang dalam dilema tu....sebabnye....banyak sebab....

1. Elaun kami budak2 IPG Kampus Perempuan Melayu yang masuk lambat giler....before 15hb Feb...lagi2 kami bdk2 TESL yang start sem awal dari bdk2 lain....

2. Assignment yang banyak dan kami dah tak tahu nak start yang mana satu...

3. Aku seorang kakak dan merupakan anak perempuan sulung. Bila adik aku dah ada dan aku tak ada calon...dub dub...kalau adik aku nak kahwin tahun depan, maknanya aku kena kahwin jugak tahun depan...sebab mak aku takkan membenarkan adik2 aku langkah bendul....aku tak kisah....tapi mak aku tak nak nanti orang tanya, "Kakak bila nak kahwin, takkan tak de orang nak?"...

Dan banyak lagi dilema yang tak terungkap...unspeakable....bila dah meningkat dewasa ni, memang semakin banyak dugaan...kadang2 sampai nak pecah otak fikir...tapi tanpa semua ni, macam mana kita nak menghadapi perkara yang lebih mencabar masa depan? Semua proses ni adalah untuk mematangkan diri kita....

Ok, sampai sini je idea aku nak tulis....
sekian, terima kasih...
wasalam...

Tuesday, January 18, 2011

~Chand Mera Dil....~

Chaand mera dil ...(My love is the moon)
Chaandni ho tum...(and you're the moonbeam)
Chaand se hai door...(how can the moonbeam)
Chaandni kahaan....(be far away from the moon?)
Laut ke aana...(you have to)
Hai yahin tumko...(come back here)
Jaa rahe ho tum...(now that you're leaving)
Jaao meri jaan...(go my love)


Huhu...ni lagu Mek Leng duk nyanyi kat aku..(x de ape maksud k! she just sang it)...aku tanye la ni citer ape. Katanye "Main Hoon Na", SRK dengan Sushmita Sen...lagu ni pendek je...time SRK nampak Sushmita Sen, keluarla lagu ni...huhu...dengan bersusah payah aku cari lagu ni and jadikan ia message ringtone aku...haha...I LIKE IT!!!

Suara penyanyi ni memang best.(suara laki)...lemak merdu...disukai ramai...haha...aku duk ulang banyak kali la kat windows media player aku ni...huhu...rasa nok tengok pulok citer ni....sebab bile tengok citer and dengar lagu ni dalam citer ni, feeling tu lebih lagi...huhu....

hmm....I think that's all...
Sekian, wasalam....

Monday, January 17, 2011

"Habislah kau Omma tahun depan....."

Sila sambung ayat diatas...haha...biaselah bila umur dah meningkat ni...soalan ni je orang akan tanya...huhu...

"Habislah kau Omma tahun depan...orang duk "tanya"..."

Memang aku ditimpa tekanan perasaan yang amat sangat lah sekarang. Mana tak nye, aku dahla anak kedua, atas aku abang, laki tak pe la...aku ni perempuan SULUNG...tu yang orang duk tuju soalan cepumas kat aku tiap2 kali aku balik rumah atau kampung...kalau balik rumah, mesti umie tanye....

"Kak Hanis x dop kenan ke sape2 ke kat UIA tu?"...

Aduh umie...bukan senang nak cari calon ni...lagi2 aku bukan jenis mudah rapat dengan makhluk yang berlainan jantina dengan aku ni...aku kureng sket bab2 ni...memang salah orangla umie ku sayang..huk huk...bukan Kak Hanis x mboh kawen, tapi Kak Hanis memang x jupe sorang pun...ade muke hensem tapi x guna, bile berkenan, hok orang doh...huhu...gitula nasib saya wahai umieku....

Bukan sekali dua umie tanye soalan ni, banyak kali...ade skali tu aku jawab...

"Kak Hanis nok kawen umo 27...haha.."

Skali umie maroh...siap adik aku support lagi hujah mok aku...ceh...x guna punye adik..(hehe...gurau je)...umie kate...

"Jangan royak gitu...kire mcm kite doa nok kawen 27...nanti malaikat amin..."

Adess....sebenarnye mak aku duk risaula kat anak perempuan dia sorang ni...dah tua pun tak de BF lagi...yang adik2 nye pulak, dah lama ade calon...bila saya kata bagi diorang kawen dulu, umie pun maroh...huhu...(asyik2 kena maroh je dari tadi...hehe) untuk pengetahuan umie...Kak Hanis ade ramai kawan laki....tapi they just my friends...x de perasaan lebih2...Kak Hanis memang tak minat nok couple...sebab Kak Hanis rasa "couple is trouble"....mungkin umie maksudkan tu bukan couple, tapi cari calon dulu....tapi bagaimana...I'm very clueless when it come to this things...so many things nak difikirkan dan dipertimbangkan....... @_@

Kak Hanis nok jadi macam umie ngan abah...nok tuntut ilmu dengan umie ngan abah...(kalau tak keberatanla...)...tapi saya x comel macam umie zaman muda2...huhu...Kak Hanis ni lack banyok...kalu list memang penuh kertas...haha...

Tiba-tiba aku rasa entry ni macam surat tuk mak aku pulak...haha..anyway...kalau tanya aku pasal jodoh, aku memang tak leh komen pape...nak kata aku tunggu orang laki yang berani, aku rasa aku still tolak kalau ade orang masuk pinang sekarang...sebab bila hati aku kata tak, aku akan kata tak...or x layan langsung...so, tunggu jelah aku bukak hati ni tuk sape2...

Kepada Umieku sayang, janganlah risau...Allah dah jadikan setiap makhluk tu berpasangan...macam siang dan malam....Adam dengan Hawa...apa yang boleh saya buat...tunggu satu kunci yang bernama "masa" untuk membuka sebuah kotak yang bernama "jodoh"....

Sekian...wassalam...


Saturday, January 15, 2011

Demam + selsema + batuk.....

Tak sangka setelah sekian lama aku tak demam, dapat jugak aku demam... biasenya aku jarang demam...selsema dengan batuk tu pun tak kerap sangat...mula2 batuk dengan selsema je...sebab tu aku gagah jugak pergi teman Aliaa beli tiket train kat KL Sentral...pas2 sebab kami rasa bosan, melencongla ke KLCC...bukan window shopping tapi pegi kat taman kt KLCC tu...amek2 gambar...pas2 tiba2 aku dh start berpeluh...letih...pelik jugak aku...masa solat asar tu aku perasan badan aku panas...Syaza dgn Aliaa pun kata macam tu jugak...so, nak tak nak kena pergi klinik jugak...dapat ubat yang banyak dengan MC tuk kelas Parenting...huhu...



~"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)~

Thursday, January 13, 2011

Eksperimen....berjaya!!!

Eksperimen apakah yang kami jalankan? Huhu...cuba teka...salah tu...haha...eksperimen itu adalah............(bunyi drum)

KIMCHI!!!!!!!!!






Huhu...kimchi kami berjaya dah kami siap bagi kat Buji dengan Diyana lagi...haha.....buatnye tak susah pun tapi takes time sebab kena rendam kobis cina tu dalam air garam +-4 jam jugak...pastu baru boleh start buat....eksperimen ni buat kat bilik je...habis 1 bilik bau daun bawang tu...huhu....2-3 hari jugak aku duk bau daun bawang tu...tensen tul...anyway, kami berjaya habiskan kimchi yang kami buat...dan yang penting...kami tak kena food poisoning...haha...sekian, terima kasih...

Membaca jambatan ilmu...



Huhu....dua tiga menjak ni...nila buku2 yang aku baca...sume genre pasal self development...Kompas Cinta tu dah habis baca...ari ni beli pulak 2 buah, Lembutkanlah Hatimu dengan Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia.....hehe...baru start baca tadi 1 buku...buku Memasuki Gerbang Perkahwinan ni plak Mek Wani bagi, dia dapat masa gi kursus kahwin be4 dia kahwin...huhu...Insya Allah, nanti bila habis baca, aku buat report pasal buku ni...boleh kongsi ilmu yang aku dapat dari buku ni...insya allah....