Ayah aku, macam biasa rutin tiap2 hari, mesti ada kat kebun dia kat sebelah rumah. Dalam kebun tu ada arnab2 yang comel, ayam, ikan keli 3 tangki dengan sayur2. Ayah aku ni orang putih kata "Green finger". Tanam apa pun hidup. Dia dah start bercucuk tanam dari kecil lagi. Ayah aku ni bukan orang senang dari awal. Nenek aku dgn arwah tok ayah aku penoreh getah. Tapi alhamdulilah, walaupun ayah aku dah jadi lecturer, dia still tak lupa pada hobi dia ni. Still ada masa nak tanam2 ni. Tapi, kadang2 ayah aku pergi tengok kat tanaman sawit dia kat Kg. Langkap, Setiu. Tempat tu 1 jam dari rumah. Selalunya dia pergi pagi, petang tu dah ada kat rumah dah.
Bagi mak aku pulak, Jumaat ni hari untuk dia berehat dan beriadah. Mak aku pun suka jugak tanam2 pokok ni, tapi pokok bunga. Kalau dia tak tanam2 pokok, dia akan cabut2 rumput yang tinggi melampai kat tepi2 rumah. Nak harap anak2 dia ringan2 tangan cabut rumput tu memang taklah. Tapi masa mak aku buat ni, baru le ada yang rajin nak menolong...(termasuk aku..hehe). Sume macam pahat dengan penukul. haha...Aku rasa kalau mak aku tak de kat rumah tu, memang jadi semak samun rumah aku tu.
Bila time tengah hari, yang laki2 kat rumah aku sume dah bersiap2 nak pegi masjid. Ayah aku ni suka pegi awal. Kalau ada yang lambat tu memang kena tinggal. Walaupun ada masjid Kg Padang Nenas betul2 belakang rumah aku, ayah aku prefer pegi masjid UNISZA. Aku pun tak tahu knape. Kalau yang lambat2 tu dan kena tinggal, diorang pun kayuhla basikal pegi masjid blakang rumah aku tu. Kalau time sume adik-beradik aku 11 orang ada kat rumah, memang konvoi 2 kereta pegi masjid. haha...adik beradik aku ramai lelaki, 7 orang, sume dah besar2.
Time diorang pegi masjid, barulah aku dengan mak aku masuk dapur. Aku ada 3 orang adik perempuan, tapi yang hairannya, diorang ni selalu lesap time masak2 ni. Kalau panggil tu, kadang2 sampai 10 kali baru datang dapur. Kadang2 bila mak aku dah letih cabut2 rumput pagi tu, dia akan tertidur. Kesian mak aku. Tak sampai hati nak kejut. So, akulah kena masak sorang2 kat dapur tu. Nak buat macam mana, kalau duk harap orang lain, memang tak makan tengah hari la hari tu. Lauk biasa aku masak, kari, telur dadar, ikan keli goreng berlada, sayur goreng. Adik beradik laki aku dan ayah aku ni suka makan benda2 yang berlemak ni. Sebab tu badan sorang2 besar2. Kadang2 aku hairan jugak tengok lelaki2 luar dari family aku ni, kecik2 dan rendah2 (bukan menghina ye), makan banyak pun besar tu jugak. Kalaulah badan aku macam tu jugak best jugak. Tak yah susah2 nak diet. haha.
Ok, lepas makan tengah hari ni, besenya kami akan lepak2 depan TV. Aku dah lama tak tengok TV so aku tak ingat rancangan apa ada kat TV sekarang. Tak pun, ada je yang terus terbungkam atas katil.....zzzZZzzz....
Petang pulak, ayah aku akan turun melawat kebun sebelah rumah sekali lagi. Adik aku kata, kalau ayah aku tak berkebun, dia akan rasa letih dan tak larat. Sebenarnya, ayah aku ni dulu seorang perokok tegar. Dia berhenti merokok almost 1 tahun ebih dah. Bukan senang nak berhenti merokok ni. Sebab tu ayah aku need something to distract him. By gardening, I think he will forget about it. Sometimes, he replace cigarette with candy, Hacks with clover flavour. Why? Maybe the flavour give almost the same feeling when he smoked. Well, that is only my guess.
Malam pulak, berlalu dengan solat maghrib, dinner dan solat Isyak. Then watch the TV again. Usually, my parents goes to sleep early especially my mother. Abah dengan geng2 laki, kalau ade bole, diorang layan bolala jawabnya. Huhu....lumrah jadi lelaki. Kalau tak minat bola tu something wrong la kot. Aku dengan yang selebihnya, tengok movie apa yang Astro tayang. Kadang2 dah dekat 10 kali tengok movie yang sama. Astro memang suka ulang tayang.
Lepas tu, sume masuk tidur. Aku pulak, still duk mengadap laptop. Download crite yang mana nak download. Haha...time tengah2 malam ni la internet laju. Kalau siang2 hari tu, adik aku main game lah, facebooking la....aku nak download tak senang. Malam2 ni takde orang ganggu.
Sebenarnya aku rindu sangat kat rumah sekarang ni. Sebab tu entry aku kali ni pasal ni. Brape hari lagi, terpacakla aku kat rumah selama 3 bulan. Well, this time, aku ada R.O.S. (Rancangan Oreintasi Sekolah). Kami yang nak jadi guru ni wajib buat. Macam praktikum tapi kami tak leh mengajar, just observe cikgu mengajar. Pastu, kami kena buat folio. Report sume yang kami nampak kat sekolah tu. huhu...
Sampai sini je aku mencoret. Lain kali plak.
Sekian, wasalam.
11 orang + umie dan abah = 13 orang
Geng2 perempuan.. Dari kiri gambar (belakang):Farihin (19), aku (23) dan Acik (22).
Depan: Abah, Aishah dan Umie
Geng2 lelaki: Dari kiri gambar (belakang): Hadi (12), Amil (15), Hafiz (20), Hazwan (25), Azim (17), Ahmad (13) dan Mujahid (10).

1 comments:
sbelum balik tuh g shoping kat jalan TAR dulu ye! haha :P
Post a Comment