Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Ahzab 33: Ayat 59)
Rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang penuh barakah dan bulan yang dijanjikan pahala yang berlipat ganda.

Antara yang telah dijanjikan pada bulan Ramadhan ialah Lailatul Qadar. Ramai yang istiqamah bertarawikh di masjid-masjid dan surau-surau hingga ke akhir ramadhan, tak kurang ramai juga yang "tewas" di pertengahan jalan. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya melawan perasaan malas dan moga-moga dapat mencari "Lailatul Qadar" sepanjang tarawikh.
Kita bukan sahaja berpuasa menahan lapar dan dahaga, malah melatih kita menjadi lebih sabar, menahan nafsu dan juga untuk menjaga kesihatan kita. Dengan berpuasa, usus-usus dan perut kita dapat "reboot" dan berehat daripada setelah 11 bulan bekerja tanpa henti. Allah tidak akan mengadakan sesuatu tanpa sebab. Berpuasa di bulan Ramadhan memberi kita manfaat kita dari segi rohani dan jasmani.
Allah berfirman yang bermaksud:"Pada bulan Ramadhan diturunkan Al-Quran pimpinan untuk manusia dan penjelasan keterangan dari pimpinan kebenaran itu, dan yang memisahkan antara kebenaran dan kebatilan. Barangsiapa menyaksikan (bulan) Ramadhan, hendaklah ia mengerjakan puasa.(Surah Al-Baqarah: 185)
Thank you (^_^)Y
P/s: Selamat berpuasa kepada semua. Jangan lupa, sempurnakan yang fardhu, perbanyakkan yang sunat, baca Al-Quran setiap hari dan sentiasa berdoa kepada ALLAH, kerana ALLAH Maha Mendengar dan Maha Mengetahui...=)