Monday, September 18, 2017

Dunia Baru...FREELANCING

Fuhhhh! Bersawang blog ni. Sekian lama tak update. Last post 2012, sekarang dah 2017.

           Kita baru dikejutkan dengan "massacre" pelajar2 Tahfiz yang dibakar dengan sengaja hanya kerana berebutkan padang FUTSAL! Innalillahiwainnailairojiun. Yang lebih menyedihkan lagi, pembunuhan dilakukan oleh remaja bawah umur! Malaysia masih AMAN?


           Berbalik kepada topik utama akak, FREELANCER?? Akak dah lama dengar terms ni tapi tak tahu macam mana rupa. Bila pergi training 2 hari kat Kompleks Dagangan Mahkota kat Indera Mahkota, ini rupanya Freelancing ni.

          Training yang akak pergi ni namanya e-Rezeki Global High Income (eGHI http://eghi.my/). Sasaran utamanya sebenarnya pelajar2 U tahun akhir, penganggur, pekerja swasta & pesara tapi entah macam mana akak pun terpilih.

APA KEJE FREELANCER NI?

       Ha, ni akak nak citer. Sebenarnye freelancer ni orang yang berkerja dengan orang lain tapi secara tidak tetap. Mereka bekerja dari rumah dan menawarkan khidmat seperti translating, proofreading, graphic designer dan lain2. Contohla, akak nak setup 1 company, pastu akak tak reti nak design logo. So, apa akak boleh buat, akak register dalam www.freelancer.com dan post a project atau contest. Ada beza post project dengan buat contest. (nantilah akak citer).

     Contoh akak post a project, akak bagi explanation pasal logo dan jenis company yang akak setup. Freelancer2 ni akan bid project akak dan akak akan pick sorang untuk buat logo. Kita bayarlah dalam USD 25-100 atas bajet kita la. Banyak big2 company dah buat macam ni. Dorang dapat jimatkan kos sebab post untuk graphic designer ni bila perlu je. Ni dipanggil "crowdsourcing",. Once dah settle logo, then akak dah puas hati, akak akan bayar guna PAYPAL kepada Freelancer ni. Dalam USD kak, bukan MYR! Bayangkan satu logo dapat dalam USD25, convert MYR dah RM100++.

    Banyak lagi pasal freelancing ni. Yang penting kerjanya ikut masa kita, kalau rajin bid dapat banyak project. Akak nasihatkan yang mana tengah menganggur tu tapi ada kepakaran dalam IT, HTML, Graphic Designer, Excel dll sangat dialu-alukan ke Training eGHI ni.

    Yang bestnye kalau pergi training ni, Government akan support RM40 sebulan selama 6 BULAN untuk akaun PLUS MEMBER dalam www.freelancer.com tu. Apa kelebihan akaun PLUS MEMBER ni? Kena pergi training dan coach akan explain lagi detail.

   SO, tunggu apa lagi? Let's FREELANCING!!!

No comments:

Post a Comment