Showing posts with label kompas cinta. Show all posts
Showing posts with label kompas cinta. Show all posts

Friday, October 22, 2010

"Kompas Cinta"


Baru-baru ni, ada seorang sahabat saya bertanyakan kepada saya, "Omma (Hani), kau tak jeles ke tengok org lain ade pakwe, couple?,". Secara jujurnya, tipulah kalau saya kata saya langsung tak de perasaan nak bercinta, tapi selepas pengalaman 2 kali dimainkan perasaan oleh lelaki yang sama, ada 1 "stumbling block"yang halang saya untuk masuk ke alam ni.

Masa pergi ke MPH tuk cari buku nak dihadiahkan kepada seorang sahabat saya ni sempena hari jadinya, saya terpandang 1 buku ni, "Kompas Cinta". Nipis je bukunye, harga pun murah. Bila baca summary kat blakang buku dan blek2 skit buku tu, saya pun belila buku tu. Seperti tajuknya, saya mengharapkan buku ni dapat "tunjukkan" saya ke mana hala yang sepatutnya saya tuju, apakah sebenarnya cinta dalam Islam? Adakah wujud "bercinta ikut cara Islam".

Menurut buku ni, ada 7 pengertian cinta yang disebutkan dalam Al-Quran, iaitu:
  • Cinta al-Mawaddah (penuh kasih membara) dimana org yang memiliki cinta jenis ini sentiasa ingin berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Cinta ini biasanya adalah cinta antara suami isteri atau cinta seorang hamba yang soleh kepada-Nya.
  • Cinta ar-Rahmah (Pengorbanan) pula ialah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, sedia berkorban dan sedia melindungi. Pemilik cinta jenis ini kebiasaannya lebih mementingkan orang yang dicintainya berbanding dirinya sendiri. Sanggup menderita demi orang yang dikasihi dan sedia memaafkan. Contohnya ialah cinta ibu bapa terhadap anaknya.
  • Cinta Kulfah (Mendidik) ialah cinta yang disertai dengan kesedaran mendidik kepada hal2 yang positif seperti ibu bapa yang menyuruh anak-anaknay melakukan kerja2 rumah meskipun sudah mempunyai pembantu rumah dan seterusnya dapat melahirkan seorang yang rajin dan berdikari.
  • Cinta al-Mailu (Tidak keruan) ialah cinta yang bermusim. Melibatkan pihak kedua atau ketiga, bersifat "sementara membara", sehingga tertimbus seluruh perhatian terhadap hal-hal lain.
  • Cinta asy-Syaghaf (Mabuk asmara) ialah cinta yang mendalam, membuta tuli dan memabukkan. Contoh yang paling jelas ialah kisah Zulaikha dengan Nabi Yusuf.
  • Cinta Ra'fah (Dayus) ialah jenis cinta yang sangat mendalam sehingga mengalahkan norma2 kebenaran seperti suami yang membiarkan isterinya berbuat dosa kerana terlalu sayangkannya.
  • Cinta Shobwah (Syahwat) pula ialah cinta yang buta dan menjurus kepada zina. Kisah Nabi Yusuf dengan Siti Zulaikha juga boleh dijadikan contoh dimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaikha yang setiap hari menggodanya hinggakan Nabi Yusuf memohon dimasukkan ke dalam penjara kerana ditakuti akan terjebak ke dalam lembah yang hina.
Cubalah kita letakkan diri kita, yang mana satukah jenis cinta yang kita alami sekarang. Ini ialah peringatan kepada diri saya sendiri kerana seringkali hampir terjerumus ke dalam dunia cinta yang fana.

Ada juga yang bertanya kepada saya mengapa isu cinta yang sering saya sentuh (bukan dalam blog). Pada pendapat saya, dalam umur saya ni, perkara ni merupakan perkara yang normal untuk dibicarakan. Malah, ramai kawan2 saya dalam lingkungan umur saya sudah selamat mendirikan rumah tangga.
Bila saya baca buku ni, ia mendorong saya agar lebih berhati-hati dan bersabar dalam mencari jodoh. Abang dan adik perempuan saya selalu katakan kepada saya, "Mung ni jual mahal sangat. Orang nok mung tak mboh." Siapalah saya untuk "jual mahal" sebab sepanjang saya hidup selama 22 tahun ni, baru 3 orang lelaki yang pernah luah perasaan kat saya. Tapi saya seringkali ditemukan dengan lelaki yang tidak suka kepada komitmen dan tak pernah serius. Asal nak couple, mesti nak dating, mesej "sayang", "muah" and etc. Bukan saya tak pernah lalui semua ni, tapi sebab pernah lalui semua nilah menyebabkan saya agak tawar hati. Kadang2 yang saya berkenan sudah berpunya (Kebanyakkannya...huhu). Ada beberapa ayat yang saya sangat suka dalam buku ni:

"Ada sebuah kotak yang dinamakan jodoh, ia tidak boleh dibuka
melainkan dengan menggunakan sejenis kunci iaitu "masa". Jodoh
adalah suatu yang dirahsiakan daripada manusia, setelah sampai
waktunya barulah ia akan tersingkap. Allah s.w.t telah menetapkan ke
atas setiap jodoh hamba-Nya."

Sekian, wassalam..