Wednesday, July 25, 2012

Tutuplah AURATMU dengan sempurna =)




Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
 (Surah Al-Ahzab 33: Ayat 59) 

Tuesday, July 24, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ramadhan Kareem =)

Rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang penuh barakah dan bulan yang dijanjikan pahala yang berlipat ganda. 



Antara yang telah dijanjikan pada bulan Ramadhan ialah Lailatul Qadar. Ramai yang istiqamah bertarawikh di masjid-masjid dan surau-surau hingga ke akhir ramadhan, tak kurang ramai juga yang "tewas" di pertengahan jalan. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya melawan perasaan malas dan moga-moga dapat mencari "Lailatul Qadar" sepanjang tarawikh. 

Kita bukan sahaja berpuasa menahan lapar dan dahaga, malah melatih kita menjadi lebih sabar, menahan nafsu dan juga untuk menjaga kesihatan kita. Dengan berpuasa, usus-usus dan perut kita dapat "reboot" dan berehat daripada setelah 11 bulan bekerja tanpa henti. Allah tidak akan mengadakan sesuatu tanpa sebab. Berpuasa di bulan Ramadhan memberi kita manfaat kita dari segi rohani dan jasmani.


Allah berfirman yang bermaksud:"Pada bulan Ramadhan diturunkan Al-Quran pimpinan untuk manusia dan penjelasan keterangan dari pimpinan kebenaran itu, dan yang memisahkan antara kebenaran dan kebatilan. Barangsiapa menyaksikan (bulan) Ramadhan, hendaklah ia mengerjakan puasa.(Surah Al-Baqarah: 185)


Thank you (^_^)Y


P/s: Selamat berpuasa kepada semua. Jangan lupa, sempurnakan yang fardhu, perbanyakkan yang sunat, baca Al-Quran setiap hari dan sentiasa berdoa kepada ALLAH, kerana ALLAH Maha Mendengar dan Maha Mengetahui...=)

Friday, April 27, 2012

3 cita-cita...

Semalam, balik2 je sekolah, Aishah @ mek coh terus buat channel favourite dia, Disney Channel. Ada Upin Ipin. Aku pun layanla sekali. Well, citer semalam pasal cita-cita Upin Ipin. Last2, si Ipin nak jadi angkasawan, Upin plak ak jadi jurutera yang buat roket tuk Ipin...huhu...sweet sangat.

Aku teringat soalan mek coh 2-3 hari lepas. Dia tanya aku, boleh tak dia ada 3 cita2. Dia kata dia nak jadi cikgu, pensyarah dengan doktor. Dia sebenarnya terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Masa dia kecik2 dulu, masa baru je dapat kayuh basikal, adik aku, Achik tanya dia nak jadi apa bila besar nanti, dia pun jawab, "Athah nok jadi pelumba basikal". Haha...mentang-mentang baru boleh kayuh basikal.

Then, lepas tu, adik aku yang no.5 dapat masuk IPG mcm aku. Dia dapat kos BM, then mek coh pun kata, "Aishah nok jadi cikgu jugok". Tapi bila tanya nak jadi cikgu apa, dia macam dilema, either to be an English teacher like me or like Farihin, BM teacher. Then, I said to her, "Aishah jadi ustazah bahasa Arabla". Haha

Then, bila kami semua tinggal dia tuk sambung belajar, tinggallah dia dengan Umie dan Abah. Well, dah sebab tiap2 hari duduk dengan my parents, dia pun nak jadi lecturer jugak. Haha...

Doktor plak? 1 month ago, my brother's SPM result has came out and he got 8A's from 9 subjects. Dia pun duk sibukla nak amek medik. Umie memang nak anak dia ada jadi doktor sorang. Aishah pun teringin jugak nak jadi doktor. Haha...

Berbalik kepada soalan dia tadi, "Boleh tak Aishah nok jadi cikgu, pensyarah dengan doktor?". Then, I answered her, "Boleh. Mula2 Aishah jadi cikgu dulu, lepas tu Aishah sambung belajar lagi, jadila lecturer. Kalau Aishah sambung lagi PhD, Aishah dapat Dr,"

Walaupun aku rasa explanation aku tu macam tak berapa bijak sangat (haha), at least dia tahu dia boleh jadi tiga2 asalkan dia sanggup sambung belajar. Aku rasa sekarang pun dia blur-blur ubi lagi kot.

Well Aishah, I hope for the best and strive for the excellence. Jauh lagi perjalanan hidup awak. You just 7 years and 7 months old.

Friday, April 13, 2012

It is the END~

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa...
Hilang dimata tapi dihati tidak lupa...
Berdoalah kita agar aman dan sentosa...
Semoga kita kan berjumpa di lain masa.....

Secara rasminya hari ini merupakan hari terakhir aku bergelar sebagai seorang siswazah. Dan hari ini juga berakhirlah 3 bulan praktikum di Sekolah Kebangsaan Jeram...

Perasaan aku sekarang? Hmmmm...aku pun tak pasti.
Kalau sedih, sebab berpisah dengan cikgu-cikgu SK Jeram yang sangat baik...
Sedih sebab berpisah dengan murid-murid aku...tak sempat nak ucap selamat tinggal betul-betul...
Ada yang nak bergambar tapi disebabkan ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan, tak dapat nak tunaikan hajat anak murid.....

Gembira? Mestilah sebab setelah 6 tahun belajar, inilah hari yang dinanti-nantikan...
Lama woooo 6 tahun tu. Kalau aku kahwin masa aku mula-mula masuk IPG, mesti anak aku dah masuk tadika dah.

Yang penting, semua ni bagi aku kenangan yang cukup manis. Hidup ni memang penuh dengan episod suka dan duka. Tapi kalau kita ingat yang manis, mesti hidup kita selalu indah. Betul tak?


Friday, June 24, 2011

Awat sombong sangat???

PANG!!! PANG!!! PANG!!!

3 kali penampar hinggap kat pipi sapa2 yang kata macam tu kat aku. (Bukan sume orang ye). Aku memang dah biasa sangat orang kata sombong. Maybe sebab muka aku kalau ambil gambar, aku slalu buat muka serius macam ni:

(Haha...dia jugak aku pilih)
Kalau tengok gambar, aku rasa memang banyak gambar muka aku serius. Tau tak sebab ape? Sebab aku senyum tak lawa, so buat pe nak tunjuk benda "tak-brape-cantek" kan? Aku terima hakikat tu....Nak buat macam mana, aku ni "ghopa pun x ade, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong"....

Yang aku nak marah ni ialah manusia2 yang mengaku dirinya kawan kepada aku tapi bila aku "hai" kat chat FB, dia pun MESTI akan balas lebih kurang macam ni:

"Hai..."
"Saya selalu je nampak awak on9, tapi hari ni baru awak tegur saya. Bakpe sombong ngat lening?"

Aik? Aku pulak sombong? Padahal aku yang start conversation tu. Mula2 tu aku terimala dia kata aku sombong. Yelah, aku pun perasan jugak dia selalu on9 tapi aku bukannya suka sangat nak chatting2 ni. Aku dah lepas zaman tu. Nak dijadikan cerita, esoknya bila aku "Hai" pulak kat orang yang sama, dia tak reply sampai ke sudah...dan begitu jugak hari seterusnya. Sekarang ni sape sombong? AKU ke KAU?

Aku bukan nak "gender bias" tapi yang biasa buat gini kat aku ialah makhluk ALLAH yang bernama "LELAKI". Aku rasala, dia ingat aku nak tackle dia kot. Tak payah nak sakit kepala nak fikir benda yang bukan2 tu. Aku cuma nak tanya khabar. Tu je. Salah ke? Hmmm.... Buat rileks la brader. Aku bukan orang yang mudah jatuh hati senang2 gitu je. Tambah2 through ALAM MAYA ni, lagila aku tak caye. Aku pun ramai je kawan2 laki lain yang aku boleh chatting tanpa ada rasa lain selain dari kawan.

Aku ni niat ikhlas, nak eratkan silaturrahim, sambung balik persahabatan yang putus walaupun tak kawan mana pun time sekolah. Sebabnya, aku memang lost contact dengan ramai jugak kawan2 sekolah ni. Kalau aku nak buat kenduri, aku jemputlah. Nanti kalau tak jemput, ada pulak yang terasa hati. Aku tak nakla jadi macam rumah yang dah siap tapi pahat berbunyi lagi.

Kalau muka aku cantik macam Marian Rivera ni, mesti orang tak kata aku sombong kan? haha
Aku nak mintak maaf kat sape2 yang terasa atau sakit hati walaupun aku tahu tak de orang pun baca blog aku ni selain dari yang follow aku. Pathetic right? Kalau yang baca tu, buatla apa yang patut ye.

Sekian, wasalam...

Thursday, June 23, 2011

.: Hari Keputerian ke 23 tahun aku :.

Sekadar gambar hiasan...hehe

♪♫ Happy birthday to ME ♪♫
♪♫ Happy birthday to ME ♪♫
♪♫ Happy birthday to ME ♪♫ 
♪♫ Happy birthday to ME ♪♫

FUUUUHHHHHHHHH!!!! (sila imagine aksi meniup lilin)...

Bagi yang tak tahu, sebenarnya dah 2 hari birthday aku berlalu, that is on 21st June...aku memang nak buat entry especially for my birthday tapi aku terlupa sebab asyik sangat main game FB...(x de keje).

Biasenye, apa orang buat masa birthday? Kalau aku tengok kawan2 aku, diorang akan post kat FB wishlist diorang. Huhu. Aku bukan nak apa sangat pun. Just few items...such as:

1.HIM!!!! haha...dari dulu lagi aku nak dia...kalau sape2 tak kenal, nama dia KIM JAE JOONG...lepas tu korang google sendiri...aku malas nak terang...


2. Iphone 4...haha. Aku tak nak komen pape...

Ha, 2 tu je aku nak. Sape2 yang baik hati tolongla bagi kat aku. Haha...just kidding.

Aku nak ucap terima kasih kat kawan-kawan aku yang wish birthday kat aku. Ramai jugak yang doa aku suruh cepat kawen..AMEEEN... Agaknya memang aku ni dah tua sangat sebab tu ramai yang suruh aku kawen. 

Beberapa fakta tentang 21 June:

  1. Merupakan hari yang ke 172 dalam setahun (173 4 tahun lompat)
  2. Merupakan soltis musim panas di hemisfera utara (siang panjang) dan soltis musim sejuk di hemisfera selatan (malam panjang)
  3. Tahun 1982, Prince William dilahirkan.
  4. Tahun 1527, Niccolo Machiavelli mati. Dia ni penulis buku "The Prince" - Matlamat menghalalkan cara.

Dan apa yang penting, aku dapat hadiah dari mak aku masa teman dia pergi meeting kat KL on 19-20 Jun... Tengah2 shopping kat SOGO mak aku tanya nak pape tak. Aku pun teringat purse aku yang dah usang tu, so aku request la purse. 


jeng jeng jeng!!! Thanks UMIE!!!

That's all yang aku boleh tulis. Actually aku ketandusan idea. 

Sekian, wasalam...

Monday, June 6, 2011

Aku dan tudung....

*Dah berhabuk blog aku, sekian lama tak update. Banyak yang aku nak kongsi tapi aku agak busy dengan benda2 lain.*

Tengah2 aku layan facebook aku, tiba2 aku terlihat salah seorang dari kawan aku kat FB share 1 link Youtube yang bertajuk,"Catriona Ross Cerita Hidayah Memakai Tudung". Aku pun dengan curiousnya terus klik video tu. Aku memang terharu bila aku dengar kisah dia mendapat hidayah dari Allah untuk bertudung. At the same time, aku pun teringat macam mana aku start pakai tudung....


Officially, aku start pakai tudung masa aku darjah 3, after aku transfer ke SK Mengabang Telipot. Knape aku tiba2 bertudung? Sebab time tu cikgu kelas aku yang bernama cikgu Othman Jailani cakap macam ni, "Sape2 hok tak mboh paka tudung, esok cikgu kerat rambut dia". Masa tu dalam kelas aku, just 2-3 orang je yang free hair termasuklah aku. Before aku datang sekolah ni, aku dah transfer sekolah sebanyak 2 kali, SK Luagan kat Keningau dan SK Gong Badak. Masa tu memang aku free hair je. 

Bila aku balik rumah je, aku terus report kat mak aku. Aku memang saaaaaaaaayang giler rambut aku. So, nak tak nak aku pakai tudung keesokannya. Hehe...yang kelakarnya, disebabkan mak aku tak sempat nak belikan aku tudung, dia ambik je tudung dia yang kaler putih then pakaikan kat aku. Of course aku nampak lain dari yang lain. Guru besar pun tengok aku semacam je tapi aku tak kisah, sebab rambut aku selamat.

MALANGNYE, (hehe)...kat rumah aku free hair balik. Aku pakai tudung time kat sekolah je. Masa aku darjah 4, aku pindah rumah, pindah masuk ke kuarters warden MPKT (sekarang IPG KDRI). Anak2 jiran aku semua lelaki!!! Dan all of them lebih kurang sebaya je dengan aku. Disebabkan aku tak de kawan lain, tulah kawan2 aku. Aku agak tomboy time tu. Suka pakai topi, main bola, tudung memang hilangla bila kat rumah. 

Suatu hari, mak aku mintak aku pergi beli something kat kafe maktab tu. Aku pun kayuhla basikal dengan sorang adik aku pegi kafe tu. Masa aku tengah nak turunkan tongkat basikal tu, tiba2 adalah sorang abang ni, student maktab. Dia tegur aku and tanya, 

Abang student maktab: "Dik, dik ni anak sapa?" 
Aku: "Anak Puan Norzaini dengan Encik Kholid."
Abang tu: "Oh, cantik rambut adik. Tapi kalau adik pakai tudung lagi cantik." 


Dan aku pun terdiam dan tersentap. Aku ingat lagi aku baru je 11 tahun time tu. Lepas tu, kata2 abang tu duk terngiang2 dalam kepala aku. 


Macam 1 keajaiban buat aku, esok bile aku nak keluar rumah, aku rasa kekok tak pakai tudung. Rasa macam berbogel. Dan mulai dari saat tu, aku mula bertudung sepenuhnya sampailah ke hari ni.


Sampai sekarang, aku rasa sangat bersyukur sebab aku memilih untuk bertudung time tu. Kalau difikirkan, apalah yang boleh dilakukan oleh seorang budak yang berumur 11 tahun? Mengubah dunia? Sememangnya agak mustahil kalau budak tu adalah aku. Tapi aku bangga dengan diri aku sebab mampu membuat keputusan yang besar dan insya Allah berkekalan hingga ke hari ni. 


Aku sangat berterima kasih kepada abang tu sebab hanya dengan kata2 nya, telah berjaya menjadikan aku pada hari ini. Terima kasih bang. Semoga abang sentiasa hidup dalam keberkatan-Nya dan rahmat-Nya tak kira dimana saja abang berada.

Dan sehingga hari ni, I can proudly say, "I LOVE MY HIJAB"..


Sekian, wasalam...